Neem: Pokok Ajaib India


Pokok Neem Tua
Pokok ajaib neem dibawa ke Malaysia pada tahun 1940-an oleh kaum India dan ia tumbuh di Pulau Pinang, Pulau Langkawi, Perlis dan Kedah. Ada pelbagai artikel-artikel saintifik mengenai pokok neem, Azadirachta indica. Bacalah bagaimana pokok ini digunakan sebagai penawar pelbagai jenis penyakit dan aplikasi bioteknologi dalam menambah-baikkan tumbuhan tersebut.

Baca versi Inggeris artikel ini.


Penawar segala penyakit


Pokok neem, Azadirachta indica, dikenali dalam bahasa Sanskrit sebagai "sarva-roga nivarini" atau "penawar segala penyakit". Pokok ini sangat terkenal dalam kultur budaya India: di beberapa kawasan, orang india memulakan tahun baru dengan makan pucuk lembut pokok neem manakala di kawasan lain, pokok neem disembah sebagai sesuatu suci.

Sebuah harta karun


Pokok ini telah lama dikenali sebagai sumber rezeki. Jus daun neem digunakan untuk mencegah psoriasis dan penyakit kulit yang lain dan untuk mengawal jangkitan parasit. Ekstrak neem digunakan sebagai penawar untuk malaria. Minyak neem kini sedang dikaji sebagai kontraseptif wanita. Limonoid yang diekstrak dari pokok neem, azadirachtin dan nimbolide, mempunyai ciri-ciri antioksidan dan antikanser, bertindak sebagai toksin kepada sel HeLa. Sel HeLa merupakan sel kanser payudara yang diambil daripada pesakit kanser bernama Henriette Lacks.



Azadirachtin, satu tetranortriterpenoid yang berasal daripada benih pokok neem India, merupakan salah satu daripada racun serangga botani yang paling berjaya dalam industri pertanian di seluruh dunia. Ia lebih selamat daripada kebanyakan racun serangga yang konvensional. Ia bukan toksik kepada manusia atau mamalia, tetapi berkesan terhadap serangga, menjadikannya sebagai insektisida yang berkesan dan bersih (tidak memberi kesan buruk kepada alam-sekitar).

Penyelidikan setakat ini


Lebih daripada 135 kompaun telah diasingkan dari pelbagai bahagian pokok neem. Tetranortriterpenoids yang kompleks seperti azadirachtin, salanin dan nimbin adalah kompaun kimia utama yang diasingkan daripada benih neem. Banyak lagi yang masih tidak diketahui mengenai metabolisme biokimia pokok neem. Para saintis telah 'sequence' genom neem untuk memahami laluan biokimia pokok tersebut. Prekursor kepada tetranortriterpenoids dan limonoid disintesis dari laluan asid mevalonik.



Bioteknologi telah merevolusikan inovasi. Pelbagai saintis bioteknologi telah membuat kajian dalam in-vitro kultur tumbuhan neem, menghasilkan tumbuhan neem transgenik, dan kain antimikrob. Ebook 'Neem: Today and in the New Millenium' menceritakan perspektif-perspektif global mengenai pokok neem, termasuk impaknya kepada ekonomi dan alam sekitar.

Rahsia yang belum lagi didedahkan


Penyelidikan saintifik moden belum membuka semua rahsia-rahsia pokok neem. Kajian yang meluas mengenai metabolisme, pengedaran tisu, ketoksikan dan mekanisme molekul diperlukan untuk membuat ubat-ubatan dari pokok neem ajaib ini.

Comments